Pengurusan Masa Gemilang

“Mengambil kawal atas masa anda dan kehidupan anda dari dalam ke luar”
Disampaikan oleh Pathmanathan Balakrishnan

Tempat & Tarikh
21st-22nd July 2010,The Legend Hotel,Kuala Lumpur, Malaysia

Salam Sejahtera,

Seberapa sering anda mendapati diri anda kehabisan waktu? Setiap minggu, hari atau jam? Bagi ramai orang, tampaknya tidak pernah ada cukup masa dalam sehari untuk menyelesaikan semua pekerjaan.

Apabila anda tahu bagaimana menguruskan masa anda, anda dapat mengambil kawal kehidupan anda. Pengurusan masa yang berkesan akan membantu anda untuk memilih apa yang harus dilakukan dalam masa yang sesuai, daripada sibuk bekerja di sana-sini dan tidak dapat menyelesaikan kebanyakan kerja.

Tentang apakah kursus ini?

Kami telah merancang sesi interaktif "Kuiz Pengurusan Masa" untuk membantu anda mengenalpasti aspek-aspek pengurusan masa anda. Keputusan kuiz akan memperkenalkan kepada anda alat-alat pengurusan masa untuk mengawal masa anda and berkerja secara efisien.

Apabila anda menyedari "Masa Saya untuk Kejayaan!" dan mengunakan teknik-teknik yang diajar dengan berkesan, anda telah memilih untuk memiliki kembali hidup anda.

Matlamat:

  • Menilai kemahiran pengurusan masa anda
  • Memahami bahawa anda mempunyai masa lebih dari apa yang anda bayangkan
  • Memahami kesan mental dan emosi diri anda terhadap jadual masa anda
  • Meningkatkan disiplin diri dalam pengurusan masa
  • Pelajari cara untuk mengelakkan kebiasaan menunda-nunda
  • Terapkan penggunaan alat pengurusan masa dalam kehidupan sehari-hari
  • Merancang Pelan Tindakan yang realistik dan boleh dilaksanakan
  • Meningkatkan prestasi dan menambah nilai kerjaya
  • Tepati "dateline" tanpa pelenggahan
  • Rangkullah hidup bebas tekanan

Metodologi Pembelajaran

Program ini akan dipersembahkan melalui cara pembelajaran Realisasi-Diri, Pengalaman Pembelajaran dan Kerja-Sambil-Belajar. Para peserta akan melakukan pelbagai kegiatan untuk mengetahui bagaimana mereka mengunakan masa, dan kemudian akan diajar pelbagai alat pengurusan masa yang dapat digunakan dalam kehidupan harian. Akhirnya, pelatih akan fokus pada batin-diri peserta untuk memindahkan hambatan yang menbolehkan peserta berubah dan menguasai pengurusan masa yang effektif.

Metodologi Pembelajaran

Ini adalah bengkel yang penuh dengan kegiatan pembelajaran aktif, dimana 70% kegiatan pembelajaran aktif: 30% kuliah. Kegiatan pembelajaran aktif merangkumi:

  • Penilaian individu
  • Perbincangan kumpulan
  • Permainan pendidikan
  • Video persembahan
  • Berkongsi pengalaman secara interaktif
  • Brainstorming

9 Modul Yang Penting Anda Akan Pelajari Dalam Kursus ini

Modul 1

Sedarilah aku dan masa - Mula dengan memahami bagaimana anda menetapkan masa anda dan apa yang menjadi bahagian yang paling sukar dalam hidup anda untuk mengoptimumkan kemahiran pengurusan masa. Anda juga akan menganalisis apa yang telah dilakukan secara salah selama ini dan apa yang boleh diteruskan.

* Aktiviti Individu - menganalisis diri-sendiri

Modul 2

Memahami kepentingan menyeimbangkan pengurusan masa dalam kerja dan kehidupan peribadi.

* Aktiviti Kumpulan - menguruskan kerja dan masa peribadi

Modul 3

Meningkatkan Masa - Mencapai lebih dengan usaha yang sama. Untuk memahami kaedah ini, anda akan perlu mempelajari bagaimana meningkatkan masa (anda dan orang lain), sumber daya, pengetahuan & pendidikan, dan teknologi.

* Aktiviti Pasukan - Permainan Masa

Modul 4

Keahlian pengurusan masa peribadi merupakan kemahiran penting bagi orang-orang yang berkesan. Modul ini akan menunjukkan kemahiran untuk anda berfungsi dengan berkesan walau di bawah tekanan kuat.

* Persembahan Video - "Saving a Momen"

Modul 5

Peralatan Pengurusan Masa - Dalam bahagian ini, kita mulakan dengan teknik mudah dan praktikal, untuk membolehkan anda mengambil alih masa anda dengan cepat. Kaedah untuk mengatasi kelewatan dan Log Aktiviti membantu anda menghapuskan rintangan yang membazir masa anda, Pelan Tindakan dan Senarai Prioritasi akan membantu anda menumpu pada kegiatankegiatan yang paling penting.

* Aktiviti Kumpulan - Mempersiapkan alat pengurusan masa anda

Modul 6

Belajar bagaimana mengasingkan antara yang mendesak dan penting.

Modul 7

Merancang pelan tindakan untuk mencapai matlamat anda dan menukarkan tujuan anda kepada suatu sistem tindakan khusus yang wajib dilakukan.

* Fikiran unjuran dan stimulasi - Berkerja dengan lebih cemerlang

Modul 8

Menghapuskan sikap penangguhan kerja dengan memahami beberapa situasi yang kerap berlaku untuk dipertimbangkan dalam mencapai tujuan anda untuk mengelak perlengahan kerja.

* Permainan yang mencabar untuk individu dan kumpulan

Modul 9

Memperkenalkan amalan yang baik dalam membuat keputusan yang tepat mengenai gurusan masa.

Pelatih Kursus

Mr. Pathmanathan Balakrishnan, atau yang lebih dikenali dengan nama samarannya Mr. Nathan merupakan seorang pelatih yang dinamik dengan gayanya yang tersendiri dan pengalamannya yang melebihi 15 tahun dalam bidang latihan perindustrian.

Terlatih di bawah bimbingan pelatih-pelatih yang terkenal di dunia seperti Bod Procter, Philip Teal dan Chris Newton, beliau telah melatih beribu-ribu peserta yang berasal dari bidang perindustrian yang berlainan. Ini termasuk bidang perkhidmatan, multinasional, perusahaan organisasi, industri penginsurans, industri penghotelan dan industri jaringan pemasaran.

Mr. Nathan merupakan seorang pelatih yang serba boleh dalam pendekatan dan penyampaian ceramahnya.

Berdasarkan teknik pembelajaran yang dijalankan secara praktikal, semangat interaksi beliau yang tinggi dan pendekatannya yang ramah serta mantap meningkatkan penyerapan inti latihan oleh para pesertanya dengan mudah sekali.

Sepanjang pengalamannya yang setiap masa berdepan dengan orang-orang dari pelbagai tahap dan latar belakang, beliau sentiasa mencipta teknik latihan dan topik yang baru selaras dengan keperluan pelatihan yang semakin meningkat pada masa kini.

Penyertaan dalam latihan beliau semestinya sesuatu pengalaman yang tidak akan dilupakan di mana para peserta menyedari kebolehan dan potensi yang terlindung dalam diri mereka yang akan membawa kepada pembinaan serta persembahan yang unggul di mana jua dalam kehidupan mereka.

Siapa yang patut hadir

Pengurus, eksekutif, jurutera, dan pakar teknikal adalah dinasihati untuk menghadiri sesi ini.

Saiz Kursus

Pendaftaran hanya dihadkan kepada 20 orang. Sekiranya anda berminat, sila hubungi kami atau memuat turun borang pendaftaran di sini dan fax kepada kami di +6 03 40235716.

Pembiayaan HRDF

Kursus ini boleh dituntut dari HRDF di bawah HRDF Skim SBL. Sila merujuk kepada bahagian pengurusan sumber manusia anda untuk kepastian.

Bayaran Kursus $$

RM 1290.00 setiap peserta. Bayaran ini termasuk semua alatan dan bahan pembelajaran. Makan tengah hari disediakan.

Pendaftaran Awal!!

Daftarlah secepat mungkin untuk menikmati potongan sebanyak 5%. Untuk Maklumat lanjut, sila rujuk borang pendaftaran di sini.

Pendaftaran Berkumpulan!!!

Sekiranya anda mendaftar 3 orang atau lebih, anda akan menikmati potongan tambahan sebanyak 5%, dan sekiranya kumpulan anda ialah 5 orang atau lebih, anda akan menikmati potongan tambahan sebanyak 7% dan 10% potongan akan diberikan sekiranya anda mendaftar seramai 8 orang atau lebih. Oleh itu, daftarlah bersama-sama kawan atau rakan sekerja bersama anda.

Jaminan 100%

Kami memahami sebahagian dari anda tidak mengetahui kami. Oleh yang demikian kami memberi jaminan kepuasan 100%. Sekiranya anda merasai apa yang anda perolehi tidak memadai dengan jumlah yang anda bayar, kami akan memberi jaminan 100% wang kembali tanpa sebarang persoalan.

Sekiranya anda berminat, anda bolehlah mendaftar dan memuat turun risalah di sini, dan fax borang pendaftaran kepada kami di ++6 03 40235716. Dan Sekiranya anda mempunyai kawan atau rakan sekerja yang berminat dengan topik ini, silalah hantarkan maklumat ini kepada mereka.

Yang Benar,
Global Intelligence Network (M) Sdn Bhd
Tel: ++6 03 40216000
Fax: ++6 03 40235716
Email: admin@gin-my.com

Back to HOME

Subscription

Subscribe to Newsletter

Why GIN Workshop?

HRDF Claimable
HRDF Claimable

100% Satisfacton Guaranteed
Satisfaction Guaranteed

EXPERIENCED Trainers

TOP CLASS
Learning Venue

PROFESSIONAL Customer Service