Kemahiran Komunikasi di Tempat Kerja

“Meningkatkan kemahiran komunikasi anda demi memantapkan pencapaian di alam kerja”
Disampaikan oleh Pathmanathan Balakrishnan

Tempat & Tarikh
18th-19th October 2010,The Legend Hotel,Kuala Lumpur, Malaysia

Salam Sejahtera,

Dalam menjalankan tugas harian dengan berkesan, setiap pekerja dalam suatu organisasi haruslah mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dengan setiap tahap secara berkesan.

Kegagalan dalam menguasai kemahiran berkomunikasi boleh mendatangkan pelbagai masalah kepada individu dan juga organisasi. Adalah penting untuk para pekerja mempelajari selok-belok berkomunikasi dengan efektif dalam memudahkan proses pemindahan maklumat, delegasi kerja dan juga mengelak daripada berlakunya konflik di kalangan pekerja, di antara kumpulan dan juga di antara para pekerja dan pihak pengurusan.

Kegagalan berkomunikasi secara efektif dengan para pelanggan dan pembekal pula akan mendatangkan kesan yang lebih darurat lagi. Kegagalan sedemikian rupa akan berupaya untuk menyebabkan kerugian yang besar kepada syarikat.

Tentang apakah kursus ini

Kursus ini akan mendidik para peserta untuk mempelajari cara berkomunikasi secara berkesan secara lisan atau bertulis. Para peserta akan didedahkan kepada pelbagai teknik dan gaya berkomunikasi demi menjamin peningkatan prestasi kerja mereka.

Objektif:

Selepas menghadiri kursus ini, para peserta akan dapat menguasai kemahiran yang berikut:

  • Berkomunikasi dengan setiap tahap secara tepat dan sistematik
  • Memberi maklumat dan arahan secara lisan dan bertulis dengan tepat dan khusus.
  • Pelajari teknik untuk mewujudkan dokumen dan borang yang 'mesra-pengguna' untuk kegunakan di tempat kerja
  • Menerima arahan dari pihak atasan dengan berkesan
  • Fahami peranan gerak badan semasa berkomunikasi
  • Mendelegasikan kerja kepada ahli kumpulan secara berkesan dan professional
  • Perbaiki suasana kerja dengan memperkenalkan dan melaksanakan tabiat berkomunikasi secara positif
  • Praktikkan tahap diplomasi yang tinggi semasa berkomunikasi
  • Pelajari cara- cara berkesan untuk meleraikan konflik di tempat kerja

Metodologi Pembelajaran

Kursus ini akan menggunakan kombinasi pelbagal cara penghantaran untuk meningkatkan dan mempercepatkan proses pembelajaran.

Kuliah yang bertenaga tinggi, perbincangan secara individu dan berkumpulan, permainan yang berkaitan dengan topik-topik yang dibincangkan dan kajian kes yang berkaitan akan di lakukan untuk menggalakkan perbincangan di antara para peserta dan juga di antara peserta dan pengajar.

Alat khas yang boleh digunakan untuk para peserta meninjau kemajuan diri mereka dalam melaksanakan ilmu yang telah dipelajari sepanjang kursus ini.

12 Modul Yang Penting Anda Akan Pelajari Dalam Kursus ini

Modul 1

Fahami kepentingan mempelajari kemahiran komunikasi dengan efektif untuk mempertingkatkan prestasi dan memantapkan kerjaya anda

* Aktiviti: Permainan berhubung kesedaran menggunakan cara berkomunikasi yang efektif

Modul 2

Komponen-komponen dalam perhubungan lisan

Modul 3

Fahami 3 personaliti berbeza dalam perhubungan - Sistem "APA"

Modul 4

Pilih cara komunikasi yang tepat berdasarkan kehendak

* Aktiviti: Kerja kumpulan untuk memilah pasti cara komunikasi yang sesuai berdasarkan kehendak

Modul 5

Tingkatkan kemahiran berkomunikasi melalui talipon dan pelajari langkah-langkah yang perlu dituruti selepas berkomunikasi melalui talipon dengan para pelanggan, pembekal atau rakan kerja.

Modul 6

Fahami harapan dan ekspektasi pihak atasan terhadap cara reaksi anda terhadap tanggungjawab dan arahan yang diberi kepada anda

* Aktiviti: Latihan peranan berbeza

Modul 7

Kesopanan dalam berkomunikasi dengan pihak atasan, rakan sekerja dan ahli kumpulan

* Aktiviti: Kerja berkumpulan untuk melakukan kajian kes yang releven

Modul 8

Komunikasi diri secara positif

Modul 9

Wujudkan dokumen dan borang yang ringkas tetapi tepat dan mesra pengguna untuk memastikan produktiviti yang tinggi di tempat kerja

* Aktiviti: Kerja kumpulan untuk mewujudkan dokumen yang yang efektif

Modul 10

Wujudkan suasana kerja yang positif demi mempertingkatkan productiviti para pekerja dengan mengimplimentasi gaya perhubungan yang positif

* Aktiviti: Permainan untuk mempelajari cara mewujudkan suasana kerja yang positif

Modul 11

Pelajari kepentingan menginstil gaya komunikasi yang baik dengan semua pihak demi kejayaan perlaksanaan projek berkumpulan

Modul 12

Pelajari alat-alat khas untuk meninjau kemajuan diri dalam mempelajari dan mengimplementasi cara berkomunikasi dengan baik

Pelatih Kursus

Mr. Pathmanathan Balakrishnan, atau yang lebih dikenali dengan nama samarannya Mr. Nathan merupakan seorang pelatih yang dinamik dengan gayanya yang tersendiri dan pengalamannya yang melebihi 15 tahun dalam bidang latihan perindustrian.

Terlatih di bawah bimbingan pelatih-pelatih yang terkenal di dunia seperti Bod Procter, Philip Teal dan Chris Newton, beliau telah melatih beribu-ribu peserta yang berasal dari bidang perindustrian yang berlainan. Ini termasuk bidang perkhidmatan, multinasional, perusahaan organisasi, industri penginsurans, industri penghotelan dan industri jaringan pemasaran.

Mr. Nathan merupakan seorang pelatih yang serba boleh dalam pendekatan dan penyampaian ceramahnya.

Berdasarkan teknik pembelajaran yang dijalankan secara praktikal, semangat interaksi beliau yang tinggi dan pendekatannya yang ramah serta mantap meningkatkan penyerapan inti latihan oleh para pesertanya dengan mudah sekali.

Sepanjang pengalamannya yang setiap masa berdepan dengan orang-orang dari pelbagai tahap dan latar belakang, beliau sentiasa mencipta teknik latihan dan topik yang baru selaras dengan keperluan pelatihan yang semakin meningkat pada masa kini.

Penyertaan dalam latihan beliau semestinya sesuatu pengalaman yang tidak akan dilupakan di mana para peserta menyedari kebolehan dan potensi yang terlindung dalam diri mereka yang akan membawa kepada pembinaan serta persembahan yang unggul di mana jua dalam kehidupan mereka.

Siapa yang patut hadir

Pengurus, eksekutif, jurutera, dan pakar teknikal adalah dinasihati untuk menghadiri sesi ini.

Saiz Kursus

Pendaftaran hanya dihadkan kepada 20 orang. Sekiranya anda berminat, sila hubungi kami atau memuat turun borang pendaftaran di sini dan fax kepada kami di +6 03 40235716.

Pembiayaan HRDF

Kursus ini adalah HRDF di bawah HRDF Skim SBL. Sila merujuk kepada bahagian pengurusan sumber manusia anda untuk kepastian.

Bayaran Kursus $$

RM 1290.00 setiap peserta. Bayaran ini termasuk semua alatan dan bahan pembelajaran. Makan tengah hari disediakan.

Pendaftaran Awal!!

Daftarlah secepat mungkin untuk menikmati potongan sebanyak 5%. Untuk Maklumat lanjut, sila rujuk borang pendaftaran di sini.

Pendaftaran Berkumpulan!!!

Sekiranya anda mendaftar 3 orang atau lebih, anda akan menikmati potongan tambahan sebanyak 5%, dan sekiranya kumpulan anda ialah 5 orang atau lebih, anda akan menikmati potongan tambahan sebanyak 7% dan 10% potongan akan diberikan sekiranya anda mendaftar seramai 8 orang atau lebih. Oleh itu, daftarlah bersama-sama kawan atau rakan sekerja bersama anda.

Jaminan 100%

Kami memahami sebahagian dari anda tidak mengetahui kami. Oleh yang demikian kami memberi jaminan kepuasan 100%. Sekiranya anda merasai apa yang anda perolehi tidak memadai dengan jumlah yang anda bayar, kami akan memberi jaminan 100% wang kembali tanpa sebarang persoalan.

Sekiranya anda berminat, anda bolehlah mendaftar dan memuat turun risalah di sini, dan fax borang pendaftaran kepada kami di ++6 03 40235716. Dan Sekiranya anda mempunyai kawan atau rakan sekerja yang berminat dengan topik ini, silalah hantarkan maklumat ini kepada mereka.

Yang Benar,
Global Intelligence Network (M) Sdn Bhd
Tel: ++6 03 40216000
Fax: ++6 03 40235716
Email: admin@gin-my.com

Back to HOME

Subscription

Subscribe to Newsletter

Why GIN Workshop?

HRDF Claimable
HRDF Claimable

100% Satisfacton Guaranteed
Satisfaction Guaranteed

EXPERIENCED Trainers

TOP CLASS
Learning Venue

PROFESSIONAL Customer Service