Sikap Kerja Positif

“Praktikkan minda dan tingakah-laku yang positif di tempat kerja”
Disampaikan oleh Pathmanathan Balakrishnan

Tempat & Tarikh
11th-12th October 2010,The Legend Hotel,Kuala Lumpur, Malaysia

Salam Sejahtera,

Setiap hari kita mendengar tentang kepentingan bersikap positif tetapi kita sering gagal untuk menyedari secara mendalam dan menggunakan pengetahuan kita untuk mendapat manfaat yang menyeluruh dari sikap positif kita.

  1. Adakah bersikap positif ini terhad kepada tahap minda sahaja?
  2. Dapatkah kita bersikap positif pada masa dan suasana genting?
  3. Adakah kita benar-benar bersikap positif atau berpura-pura bersikap positif?
  4. Bagaimanakah tanggapan orang lain terhadap tingkah-laku kita?

Kita juga sering mengelirukan diri sendiri dengan pelbagai soalan dan kekusutan minda? Kita sering mengutarakan soalan yang berupa:

  1. Apakah silap saya?
  2. Apakah yang dapat saya pelajari dari kesilapan ini?
  3. Apa yang boleh saya ubah tentang diri saya?
  4. Dari manakah saya boleh menimba ilmu?
  5. Mengapa keadaan ini sering berlaku kepada saya?
  6. Mengapa saya sering gagal melakukan yang terbaik
  7. Mengapa saya ini kurang cerdik?

Jika ianya benar bahawa kita semua tahu dan sedar mengenai kepentingan bersikap positif, mengapa kita gagal mengaplikasi pemikiran positif secara berkesan pada setiap waktu dan suasana?

Tentang apakah kursus ini?

Kursus Sikap Kerja Positif akan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran anda untuk membolehkan anda memahami secara menyeluruh. Konsep dan mekanisma mengaplikasi pemikiran dan tabiat positif untuk memastikan anda berjaya merangkul manfaat maksima dari cara pemikiran positif ini.

Jika dilakukan dengan cara yang betul, kita akan dapat menukar setiap keadaan kepada sesauatu yang positif yang akan membawa kebaikan dan menyumbang terhadap kejayaan diri kita.

Pemikiran positif tidak terhad kepada minda semata-mata, tetapi haruslah diserapkan kepada setiap tingkah-laku dan reaksi kita.

Kursus ini akan mendidik para peserta cara mengaplikasi pemikiran positif dalam semua aspek kehidupan.

Kami menjamin selapas menghadiri kursus ini anda akan merasa teruja untuk ke pejabat setiap hari dan akan memainkan peranan yang positif dalam mencapai visi dan misi jabatan dan juga organisasi anda.

Objektif:

Selepas menghadiri kursus ini, anda akan:

  • Memahami cara mengatasi perasaan rendah-diri
  • Elakkan daripada merasa diperguna oleh orang lain seperti pihak atasan atau rakan sekerja
  • Mengurus kerja dengan cekap untuk memastikan setiap aktiviti dilakukan mengikut masa yang ditetapkan dengan cemerlang.
  • Pelajari teknik yang praktikal dan mudah untuk memahami minda anda dan tukar setiap pemikiran dan tingkah-laku anda yang negatif kepada sesuatu yang positif.
  • Tingkatkan kemahiran untuk membuat rakan dan pihak atasan selesa dengan anda supaya mudah untuk mereka bekerja dengan anda secara efektif
  • Pelajari teknik yang mudah dan praktikal untuk mengurangkan tahap tekanan di tempat kerja
  • Pelajari cara menukar segala pemikiran dan aktiviti negatif di keliling anda kepada sesuatu yang positif dan produktif.
  • Wujudkan evolusi dalam cara pemikiran dan reaksi anda kepada keadaan yang rumit
  • Tingkatkan kemahiran kepimpinan anda dengan melakukan komunikasi yang positif dan memahami keperluan dan ekspektasi ahli kumpulan.

Metodologi Pembelajaran

Penghantaran yang digunakan ialah cara pembelajaran secara pengalaman yang terbukti sebagai cara pembelajaran yang paling berkesan.

Para peserta akan berpeluang untuk merasai pelbagai situasi berbeza untuk menilai tahap pemahaman mereka dan juga kesan reaksi mereka terhadap sesuatu situasi.

Para peserta juga akan dibekalkan dengan pelbagai teknik yang mujarab dan mesra pengguna untuk mengaplikasi cara pemikiran positif demi mengaut kejayaan di tempat kerja dan juga dalam hidup dari sikap positif mereka.

Kursus ini akan merangkul 20% teori dan 80% aktiviti praktikal. Penghantaran pembelajaran aktif membolehkan para peserta mengambil bahagian secara efektif sepanjang kursus. Aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan berupa:

  • Perbincangan secara berkumpulan yang interaktif
  • Aktiviti perseorangan dan berkumpulan
  • Persembahan video yang releven
  • Perkongsian pengalaman yang efektif dengan tenaga pengajar dan dikalangan peserta
  • Permainan yang berkaitan dengan topic-topik yang didiskusikan

7 Modul Yang Penting Anda Akan Pelajari Dalam Kursus ini

Modul 1: Tingkah-laku Positik Lwn. Tingkah-laku Negatif

Fikiran kita membawa kesan kepada tindakan kita, dan sikap kita mempengaruhi motivasi kita. Jadi, ia adalah penting untuk kita mengetahui faktor lain yang mempengaruhi perasaan kita.

* Aktiviti perseorangan - Analisis diri dan aktiviti pembelajaran berupa kesedaran diri

Modul 2 - Ubah gaya fizikal anda untuk mengubah status minda

Setiap gerakan anda boleh bersifat positif atau negatif. Belajar bagaimana anda boleh menjadi lebih positif dengan membalikkan tindakan yang menyebabkan perasaan sikap negatif.

* Aktiviti perseorangan - Pergerakkan positif untuk meningkatkan tahap tenaga anda.

Modul 3: Cara berkomunikasi dengan positif

Sesi ini akan membantu anda memperbaiki kaedah komunikasi anda dengan diri sendiri dan orang lain.

* Aktiviti berkumpulan: Permainan komunikasi

Modul 4: Mengapa saya perlu mengubah personaliti saya?

Sepatutnya anda harus tanya apa yang anda boleh berubah sebagai orang yang lebih baik.

* Aktiviti perseorangan -Analisa kekuatan dan kelemahan diri untuk mengenal-pasti kesesuaian personaliti dengan kerja yang dilakukan.

Modul 5: Cara positif dan praktikal untuk mengubah proses pemikiran anda demi meningkatkan prestasi kerja

Sesi ini akan memberi anda kesempatan untuk memahami cara yang berkesan untuk menyelesaikan pekerjaan atau projek melalui pelaksanaan sikap perkongsian dan bimbingan.

* Aktiviti berkumpulan - Permainan untuk membentuk kumpulan yang positif dan produktif

Modul 6: Gunakan afirmasi positif dan wujudkan suasana kerja yang positif

Sesi ini akan mengubah gaya permikiran anda untuk mengelakkan kesan negatif dari mengunakan perkataan atau nada suara yang negatif

* Aktiviti perseorangan - Cara mengurus kuasa minda anda

Modul 7: Latihkan minda anda untuk sentiasa bersikap positif demi membina target yang konstruktif dengan pelan kerja yang kreatif dan efektif.

Amalan kekuatan fikiran positif dengan mengunakan teknik-teknik yang mudah dan praktikal untuk kerjayaan anda.

* Aktiviti Individu - Tetapan tujuan dan mempersiapkan pelan kerja.

Pelatih Kursus

Mr. Pathmanathan Balakrishnan, atau yang lebih dikenali dengan nama samarannya Mr. Nathan merupakan seorang pelatih yang dinamik dengan gayanya yang tersendiri dan pengalamannya yang melebihi 15 tahun dalam bidang latihan perindustrian.

Terlatih di bawah bimbingan pelatih-pelatih yang terkenal di dunia seperti Bod Procter, Philip Teal dan Chris Newton, beliau telah melatih beribu-ribu peserta yang berasal dari bidang perindustrian yang berlainan. Ini termasuk bidang perkhidmatan, multinasional, perusahaan organisasi, industri penginsurans, industri penghotelan dan industri jaringan pemasaran.

Mr. Nathan merupakan seorang pelatih yang serba boleh dalam pendekatan dan penyampaian ceramahnya.

Berdasarkan teknik pembelajaran yang dijalankan secara praktikal, semangat interaksi beliau yang tinggi dan pendekatannya yang ramah serta mantap meningkatkan penyerapan inti latihan oleh para pesertanya dengan mudah sekali.

Sepanjang pengalamannya yang setiap masa berdepan dengan orang-orang dari pelbagai tahap dan latar belakang, beliau sentiasa mencipta teknik latihan dan topik yang baru selaras dengan keperluan pelatihan yang semakin meningkat pada masa kini.

Penyertaan dalam latihan beliau semestinya sesuatu pengalaman yang tidak akan dilupakan di mana para peserta menyedari kebolehan dan potensi yang terlindung dalam diri mereka yang akan membawa kepada pembinaan serta persembahan yang unggul di mana jua dalam kehidupan mereka.

Siapa yang patut hadir

Pengurus, eksekutif, jurutera, dan pakar teknikal adalah dinasihati untuk menghadiri sesi ini.

Saiz Kursus

Pendaftaran hanya dihadkan kepada 20 orang. Sekiranya anda berminat, sila hubungi kami atau memuat turun borang pendaftaran di sini dan fax kepada kami di +6 03 40235716.

Pembiayaan HRDF

Kursus ini boleh dituntut dari HRDF di bawah HRDF Skim SBL. Sila merujuk kepada bahagian pengurusan sumber manusia anda untuk kepastian.

Bayaran Kursus $$

RM 1290.00 setiap peserta. Bayaran ini termasuk semua alatan dan bahan pembelajaran. Makan tengah hari disediakan.

Pendaftaran Awal!!

Daftarlah secepat mungkin untuk menikmati potongan sebanyak 5%. Untuk Maklumat lanjut, sila rujuk borang pendaftaran di sini.

Pendaftaran Berkumpulan!!!

Sekiranya anda mendaftar 3 orang atau lebih, anda akan menikmati potongan tambahan sebanyak 5%, dan sekiranya kumpulan anda ialah 5 orang atau lebih, anda akan menikmati potongan tambahan sebanyak 7% dan 10% potongan akan diberikan sekiranya anda mendaftar seramai 8 orang atau lebih. Oleh itu, daftarlah bersama-sama kawan atau rakan sekerja bersama anda.

Jaminan 100%

Kami memahami sebahagian dari anda tidak mengetahui kami. Oleh yang demikian kami memberi jaminan kepuasan 100%. Sekiranya anda merasai apa yang anda perolehi tidak memadai dengan jumlah yang anda bayar, kami akan memberi jaminan 100% wang kembali tanpa sebarang persoalan.

Sekiranya anda berminat, anda bolehlah mendaftar dan memuat turun risalah di sini, dan fax borang pendaftaran kepada kami di ++6 03 40235716. Dan Sekiranya anda mempunyai kawan atau rakan sekerja yang berminat dengan topik ini, silalah hantarkan maklumat ini kepada mereka.

Yang Benar,
Global Intelligence Network (M) Sdn Bhd
Tel: ++6 03 40216000
Fax: ++6 03 40235716
Email: admin@gin-my.com

Back to HOME

Subscription

Subscribe to Newsletter

Why GIN Workshop?

HRDF Claimable
HRDF Claimable

100% Satisfacton Guaranteed
Satisfaction Guaranteed

EXPERIENCED Trainers

TOP CLASS
Learning Venue

PROFESSIONAL Customer Service